Ketuk-ketuk aksara
Selasa, 27 November 2012
Bengkel puisi
Alhamdulillah aku dapat lagi ilmu baru . Terima kasih pada
pensyarah IPG Sultan Mizan yang menganjurkan
bengkel puisi . . . Selama 3 hari 2 malam berkampung
di sini banyak pengalaman hidup yang dapat aku
perolehi ..
Rabu, 21 November 2012
Anak Palestin Vs Anak Malaysia
Ketika anak Malaysia berumur 5 tahun seperti anak perempuan
Palestin ini sedang diulit kesenangan ...Aanak Palestin telah matang
dari umurnya. . . Keberaniannya banyak menyedarkan ramai
pihak .... Fikirkanlah..
Lukisan alam...
Cuti sekolah telah pun bermula . . . . namun di dalam diari seorang
pendidik istilah cuti seolah tidak wujud segala tugasan dibuat di
rumah . . . Alhamdulillah aku dapat meluangkan masa yang terhad
pada hari perkahwinan adik ipar ku .. Isteriku pula komputer riba
sentiasa di sisi, membuat pra persediaan untuk seisi sekolah 2013
Rezeki yang dikurnia aku gunakan membawa keluarga menaiki
'belon' .Cantik betul lukisan alam bagaikan kapas yang mulus
terapung ... disinari pula sang mentari yang pemalu..
Rabu, 31 Oktober 2012
Hanya padaMu....ku mohon
Peperiksaan, mesyuarat, SAPS dalam talian, dan beribu macam kerja yang perlu dibereskan . . . . Inilah cabaran waktu dalam masa dua minggu ini . . . . .Hanya pada mu Ya Allah ku mohon permudahkanlah segala urusanku Amin . . . .
Jumaat, 21 September 2012
2 minggu yang sibuk.....
Selepas selesai hantar tugasan , esok ada amali komputer, lepas ti BIG . . . . . bakal menyusul exam dan amali PJ . . . Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Terima kasih pada keluargaku yang memahami situasi ni . . .
Selasa, 11 September 2012
Semoga berjaya anak-anakku.....
Doaku agar semua anak murid di seluruh negara yang
menduduki peperiksaan UPSR dapat buat yang terbaik . . . . Amin
Lepas ni murid Tahun 5 pula menghadapi peperiksaan KAFA. . .
Sebagai guru segala kelengkapan dan ilmu telah dibekalkan .
Selesai peperiksaan jangan lupa diri pulak . . . segala yang dilakukan
haruslah sederhana . . .
Isnin, 3 September 2012
Pantun dan Nordin Ahmad
Pantun adalah salah satu daripada budaya orang Melayu. Pantun yang kekal dalam kotak fikiranku adalah pantun yang diungkapkan oleh pelakon Nordin Ahmad , malangnya aku tidak ingat judul filem hitam-putih itu
Baik-baik menanam ubi ,
Jangan tertanam ubi sengkuang ;
Baik-baik menanam budi,
Jangan sampai diri terbuang.
Kalau pelakon lain atau insan lain yang mengungkapkan pantun ini , aku rasa pantun ini mungkin dah hilang daripada memoriku . . .tapi apabila pelakon Nordin Ahmad mengucapkan dengan sepenuh jiwa dan aku percaya hanya beliau sahaja yang terbaik. Kebanyakkan filem-filem allahyarham seniman Nordin Ahmad begitu sinonim dengan pantun dan puisi . . .di antara yang terkenal adalah Gurindam Jiwa . . . Isteriku juga meminati lakonan seniman Nordin Ahmad. Biarpun beliau tidak tersohor seperti Allahyarham P.Ramlee tapi bagi aku dan isteri setiap lakonan beliau begitu meninggalkan kesan di dalam diri ini.. Imbau kembali . . . filem Gurindam Jiwa.

Langgan:
Catatan (Atom)