Selasa, 27 November 2012
Bengkel puisi
Alhamdulillah aku dapat lagi ilmu baru . Terima kasih pada
pensyarah IPG Sultan Mizan yang menganjurkan
bengkel puisi . . . Selama 3 hari 2 malam berkampung
di sini banyak pengalaman hidup yang dapat aku
perolehi ..
Rabu, 21 November 2012
Anak Palestin Vs Anak Malaysia
Ketika anak Malaysia berumur 5 tahun seperti anak perempuan
Palestin ini sedang diulit kesenangan ...Aanak Palestin telah matang
dari umurnya. . . Keberaniannya banyak menyedarkan ramai
pihak .... Fikirkanlah..
Lukisan alam...
Cuti sekolah telah pun bermula . . . . namun di dalam diari seorang
pendidik istilah cuti seolah tidak wujud segala tugasan dibuat di
rumah . . . Alhamdulillah aku dapat meluangkan masa yang terhad
pada hari perkahwinan adik ipar ku .. Isteriku pula komputer riba
sentiasa di sisi, membuat pra persediaan untuk seisi sekolah 2013
Rezeki yang dikurnia aku gunakan membawa keluarga menaiki
'belon' .Cantik betul lukisan alam bagaikan kapas yang mulus
terapung ... disinari pula sang mentari yang pemalu..
Rabu, 31 Oktober 2012
Hanya padaMu....ku mohon
Peperiksaan, mesyuarat, SAPS dalam talian, dan beribu macam kerja yang perlu dibereskan . . . . Inilah cabaran waktu dalam masa dua minggu ini . . . . .Hanya pada mu Ya Allah ku mohon permudahkanlah segala urusanku Amin . . . .
Jumaat, 21 September 2012
2 minggu yang sibuk.....
Selepas selesai hantar tugasan , esok ada amali komputer, lepas ti BIG . . . . . bakal menyusul exam dan amali PJ . . . Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Terima kasih pada keluargaku yang memahami situasi ni . . .
Selasa, 11 September 2012
Semoga berjaya anak-anakku.....
Doaku agar semua anak murid di seluruh negara yang
menduduki peperiksaan UPSR dapat buat yang terbaik . . . . Amin
Lepas ni murid Tahun 5 pula menghadapi peperiksaan KAFA. . .
Sebagai guru segala kelengkapan dan ilmu telah dibekalkan .
Selesai peperiksaan jangan lupa diri pulak . . . segala yang dilakukan
haruslah sederhana . . .
Isnin, 3 September 2012
Pantun dan Nordin Ahmad
Pantun adalah salah satu daripada budaya orang Melayu. Pantun yang kekal dalam kotak fikiranku adalah pantun yang diungkapkan oleh pelakon Nordin Ahmad , malangnya aku tidak ingat judul filem hitam-putih itu
Baik-baik menanam ubi ,
Jangan tertanam ubi sengkuang ;
Baik-baik menanam budi,
Jangan sampai diri terbuang.
Kalau pelakon lain atau insan lain yang mengungkapkan pantun ini , aku rasa pantun ini mungkin dah hilang daripada memoriku . . .tapi apabila pelakon Nordin Ahmad mengucapkan dengan sepenuh jiwa dan aku percaya hanya beliau sahaja yang terbaik. Kebanyakkan filem-filem allahyarham seniman Nordin Ahmad begitu sinonim dengan pantun dan puisi . . .di antara yang terkenal adalah Gurindam Jiwa . . . Isteriku juga meminati lakonan seniman Nordin Ahmad. Biarpun beliau tidak tersohor seperti Allahyarham P.Ramlee tapi bagi aku dan isteri setiap lakonan beliau begitu meninggalkan kesan di dalam diri ini.. Imbau kembali . . . filem Gurindam Jiwa.
Baik-baik menanam ubi ,
Jangan tertanam ubi sengkuang ;
Baik-baik menanam budi,
Jangan sampai diri terbuang.
Kalau pelakon lain atau insan lain yang mengungkapkan pantun ini , aku rasa pantun ini mungkin dah hilang daripada memoriku . . .tapi apabila pelakon Nordin Ahmad mengucapkan dengan sepenuh jiwa dan aku percaya hanya beliau sahaja yang terbaik. Kebanyakkan filem-filem allahyarham seniman Nordin Ahmad begitu sinonim dengan pantun dan puisi . . .di antara yang terkenal adalah Gurindam Jiwa . . . Isteriku juga meminati lakonan seniman Nordin Ahmad. Biarpun beliau tidak tersohor seperti Allahyarham P.Ramlee tapi bagi aku dan isteri setiap lakonan beliau begitu meninggalkan kesan di dalam diri ini.. Imbau kembali . . . filem Gurindam Jiwa.
Sabtu, 1 September 2012
Memori di Bulan September....
Memori Septemberku adalah kelahiran puteri bongsuku . . . pada 2hb September . Sekarang ni dah sebelas tahun perangai masih sama seperti umur dua tahun dulu ( gambar lama masa di Taska) mulut murai , ada saja telatah yang mencuit hati dan cepat merajuk. Abah dan mak doakan semoga jadi anak yang solehah dan sihat . . . .. Amin.
Isnin, 27 Ogos 2012
Bumi kita...
Dalam pencarian maklumat aku untuk BBM terjumpa
satu video yang menarik tentang bumi kita . . . Jom tengok.
Malu-malu kucing..
Hari ini ajar murid tentang simpulan bahasa , di antaranya adalah Malu-malu kucing . . .Eeemmm dalam dunia haiwan pun ada sifat malu tetapi dalam dunia hari ini ... sifat malu semakin terhakis . . . Kalau pergi ke pusat membeli-belah , remaja sekarang nie berkelakuan seolah tiada orang di sekeliling mereka . . . terutama apabila mereka berbual - guna bahasa yang tidak sedap didengar dan suara yang kuat . . . yang paling menyedihkan remaja Melayu yang sebegini . . . : (
Ahad, 26 Ogos 2012
Sambutan Hari Raya.....
Hari ini sekolah dah dibuka semula. . .sekolah aku buat sambutan Hari Raya . . . Sangat meriah dengan pelbagai fesyen dan warna serta makanan. . . Alhamdulillah . . . . tetiba terlintas di fikiranku kalau tak ada baju seragam sekolah . . .boleh pening mata cikgu bila masuk dalam kelas murid-murid pakai baju warna striking . . . Haru-biru . . .
Khamis, 23 Ogos 2012
Cuti dan jam...
Setiap kali cuti sekolah ditambah pulak musim raya Kelate sesak dengan pelancong . . . . yang tak sedapnya harga barang pun melambung naik. Peniaga pun tak ingat langsung kat anak kelate . . . .hok dok beli sokmo-sokmo . . . .nak tak nak terpaksa beli .Nak bawa anak jale-jale pun fikir 10 kali . . . fikir pasal trafic jam.. . .Yang tak tahannyo line broadband pun jammmmmmm . . .
Ahad, 19 Ogos 2012
Raya 2012....
Alhamdulillah hari ini semua umat Islam menyambut hari kemenangan mereka setelah sebulan berpuasa di seluruh dunia . . . Raya tahun nie jatuh dalam masa cuti sekolah . . .eeem mulai hari raya kedua ada rakan-rakanku yang dapat jemputan kenduri kawin.... tak dapat dibayangkan kesesakan di jalan raya. . . Aku pulak dok fikir pasal KK yang banyak belum selesai . . pening kepalanye . . . : (
Jumaat, 17 Ogos 2012
Di akhir ramadan ini.....
Di akhir ramadan ini sang perantau pulang ke kampung tercinta . . Kesibukan persiapan menyambut Syawal
kadangkala membuatkan kita lupa pada bulan yang penuh keberkatan . .Rasanya pilu rasanya nak melepaskan mu Ramadan. . . Kalau esok raya.... maka berpestalah juga iblis dan spesisnya . . . rancangan TV yang selalu kedengaran alunan ayat Quran yang suci lagi mendamaikan bertukar kepada hiburan yang lara . . .
Langkah pertamaku...
Setelah beberapa kali mencuba akhirnya, aku berjaya mempunyai blogku sendiri . . . Syukur pada Allah dan terima kasih kepada pensyarahku Tn. Hj Dr. Rosli yang banyak membantuku untuk memulakan langkah pertamaku ini. Blog ini kunamakan Ketuk-ketuk Aksara ( idea daripada kekasih hati - orang rumah akulah ) .Aku berharap dapat meneruskan usaha ini . . .insyaallah.
Langgan:
Catatan (Atom)