Isnin, 27 Ogos 2012

Bumi kita...



Dalam pencarian maklumat aku untuk BBM terjumpa
 satu video yang menarik  tentang bumi kita . . . Jom tengok.





Malu-malu kucing..



Hari ini ajar murid tentang simpulan bahasa , di antaranya adalah Malu-malu kucing . . .Eeemmm dalam dunia  haiwan pun ada sifat malu tetapi dalam dunia hari ini ... sifat malu semakin terhakis . . . Kalau pergi ke pusat membeli-belah , remaja sekarang nie berkelakuan seolah tiada orang di sekeliling mereka . . . terutama apabila  mereka berbual - guna bahasa yang tidak sedap didengar dan suara yang kuat . . . yang paling menyedihkan remaja Melayu yang sebegini . . .  : (

Ahad, 26 Ogos 2012

Sambutan Hari Raya.....

Hari ini sekolah dah dibuka semula. . .sekolah aku buat sambutan Hari Raya . . . Sangat  meriah dengan pelbagai fesyen dan warna  serta  makanan. . . Alhamdulillah . . . .  tetiba terlintas di fikiranku kalau tak ada baju seragam sekolah . . .boleh pening mata cikgu bila masuk dalam kelas  murid-murid pakai baju warna striking . . . Haru-biru . . .

Khamis, 23 Ogos 2012

Cuti dan jam...

Setiap kali cuti  sekolah ditambah pulak musim raya Kelate sesak dengan pelancong . . . . yang tak sedapnya harga barang  pun melambung naik. Peniaga pun tak ingat langsung kat anak kelate . . . .hok dok beli sokmo-sokmo . . . .nak tak nak terpaksa beli .Nak bawa anak jale-jale pun fikir 10 kali . . . fikir pasal trafic jam.. . .Yang tak tahannyo  line broadband pun jammmmmmm . . .

Ahad, 19 Ogos 2012

Raya 2012....

Alhamdulillah hari ini semua umat Islam menyambut hari kemenangan mereka setelah sebulan berpuasa di seluruh dunia . . . Raya tahun nie jatuh dalam masa cuti sekolah  . . .eeem mulai hari raya kedua ada  rakan-rakanku yang  dapat jemputan kenduri kawin.... tak dapat dibayangkan kesesakan  di jalan raya. . . Aku pulak dok fikir pasal KK yang banyak belum selesai . .   pening kepalanye . . .  : (


Jumaat, 17 Ogos 2012

Di akhir ramadan ini.....

Di akhir ramadan ini sang perantau pulang ke kampung tercinta . .   Kesibukan persiapan menyambut Syawal
kadangkala membuatkan kita lupa pada bulan yang penuh keberkatan . .Rasanya pilu rasanya nak melepaskan mu Ramadan. . . Kalau esok raya.... maka berpestalah  juga iblis dan spesisnya . . . rancangan TV yang selalu kedengaran alunan ayat Quran yang suci lagi mendamaikan bertukar kepada hiburan yang lara . . .

Langkah pertamaku...

Setelah beberapa kali mencuba akhirnya, aku berjaya mempunyai blogku sendiri . . . Syukur pada Allah dan terima kasih  kepada pensyarahku Tn. Hj Dr. Rosli yang banyak membantuku untuk memulakan langkah pertamaku ini. Blog ini kunamakan Ketuk-ketuk  Aksara ( idea daripada kekasih hati - orang rumah akulah ) .Aku berharap dapat meneruskan usaha ini . . .insyaallah.