Jumaat, 21 September 2012

2 minggu yang sibuk.....

Selepas selesai hantar tugasan , esok ada amali komputer, lepas ti BIG . . .   . . bakal menyusul exam dan amali PJ . . .  Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Terima  kasih pada keluargaku yang memahami situasi ni . . .

Selasa, 11 September 2012

Semoga berjaya anak-anakku.....



Doaku agar semua anak murid  di seluruh negara yang
menduduki peperiksaan UPSR dapat  buat yang terbaik . . . . Amin
 Lepas ni murid Tahun 5 pula menghadapi peperiksaan KAFA. . .
Sebagai guru segala kelengkapan dan ilmu telah  dibekalkan .
Selesai peperiksaan  jangan lupa diri pulak . . .  segala yang dilakukan
haruslah sederhana . . .

Isnin, 3 September 2012

Pantun dan Nordin Ahmad

Pantun  adalah salah  satu daripada budaya orang Melayu. Pantun yang kekal dalam kotak fikiranku adalah pantun yang diungkapkan oleh pelakon Nordin Ahmad , malangnya aku tidak ingat judul filem hitam-putih itu

            Baik-baik menanam ubi ,
           Jangan tertanam ubi sengkuang ;
           Baik-baik menanam budi,
           Jangan sampai diri terbuang.

Kalau pelakon lain atau insan lain yang mengungkapkan  pantun ini , aku rasa pantun ini mungkin dah hilang daripada memoriku . . .tapi  apabila pelakon Nordin Ahmad mengucapkan dengan sepenuh jiwa dan aku percaya hanya beliau sahaja yang terbaik. Kebanyakkan filem-filem allahyarham seniman Nordin Ahmad begitu sinonim dengan pantun dan puisi . . .di antara yang terkenal adalah Gurindam  Jiwa . . . Isteriku juga meminati lakonan seniman Nordin Ahmad. Biarpun beliau tidak tersohor seperti Allahyarham P.Ramlee tapi bagi aku dan isteri  setiap lakonan beliau begitu meninggalkan kesan di dalam diri ini.. Imbau kembali  . . . filem Gurindam  Jiwa.




Sabtu, 1 September 2012

Memori di Bulan September....

Memori  Septemberku adalah kelahiran puteri bongsuku . . . pada 2hb September . Sekarang ni dah sebelas tahun perangai masih sama seperti umur dua tahun dulu ( gambar lama masa di Taska)  mulut murai , ada saja telatah yang mencuit hati dan cepat merajuk. Abah dan mak doakan semoga jadi anak yang solehah dan sihat . . . .. Amin.